Friday, May 20, 2016

Zikir Selepas Solat

Saya masih mencuba untuk istiqamah. Selalunya tak mampu nak buat ikut bilangan yang disarankan kerana terlalu banyak perkara perlu diuruskan terutamanya pada waktu pagi hari bekerja.

Saya ambil pendekatan, buatlah walaupun sekali setiap satu... asalkan zikrullah tidak lepas dari mulut sebaik mata saya buntang diawal pagi.

Sekurang-kurangnya Allah masih lagi beri saya peluang untuk bernafas dan memperbaiki diri hari ini.

Semoga amalan yang sedikit itu dihisab dan kemas pahalanya dalam buku catatan kanan saya. Aminnn...



Wednesday, May 18, 2016

Zikir Pagi

Assalamualaikum...

Dulu masa belajar di sekolah, diwajibkan membaca Ma'thurat setiap kali selesai berdoa selepas solat Maghrib. And being the lazy me... I followed blindly not knowing what are the benefits, what do i get in return etc.

But sometime last year, i discovered how this zikrullah would give so much impact in my daily life.
Saya tak berhajat nak share lagi kebaikan mengamalkan zikir pagi ini tapi percaya lah... Ia sememangnya memberi kesan yang sangat-sangat baik yang kadang-kadang tak terduga dek akal kebaikan yang kita perolehi itu.

Jom sama-sama kita amalkan. 

Semoga dengan mengamalkan zikir ini kita semua dipelihara dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan hidayat Allah SWT.


Monday, May 16, 2016

Mencari Redha Ilahi

Assalamualaikum

Ruangan ini adalah merupakan tempat perkongsian ilmu yang saya ambil dari fb beberapa orang ustaz yang saya kagumi dan hormati. Dan saya yakini kesahihan maklumat yang disampaikan. Kebanyakkan saya ambil masak-masak atau kopipes dari status-status rasmi mereka. Ada juga perkongsian pengalaman samada apa yang saya alami atau yang saya kupas dari pengalaman sahabat-sabahat saya.

Credit penulisan akan diletakkan di hujung entry setiap post sekiranya ianya diambil tanpa diubah isinya.

Semoga apa yang saya usahakan ini memberi manfaat kepada semua.

Zikir Selepas Solat

Saya masih mencuba untuk istiqamah. Selalunya tak mampu nak buat ikut bilangan yang disarankan kerana terlalu banyak perkara perlu diuruska...